Kadang-kadang mesti bosan makan ayam goreng biasa kan? Apa kata anda cuba Ayam Goreng Berempah ini. Dengan rasa rempah nya, memang cukup rasa lah hidangan ini. Makan dengan nasi kosong macam itu sahaja pun dah sedap. Confirm tak cukup satu.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Tengku RosElyza Raja Muhammad perkongsian resipi Ayam Goreng Berempah ini 🙂
Bahan-bahan:
1/2 -1 ekor ayam (Dipotong 12 hingga 14)
7-10 batang serai (potong dan kisar)
3-4 senduk cili kisar (senduk bancuh air)
4 biji bawang merah (kisar)
3 ulas bawang putih (kisar)
2-3 sudu besar Chili flake
2 sudu besar jintan manis (sangai dan kisar kasar)
2 sudu besar jintan putih (sangai dan kisar kasar)
1 sudu besar ketumbar (sangai dan kisar kasar)
1-2 sudu besar tepung beras atau tepung jagung (mana-mana sahaja)
1-2 inci Halia (kisar)
Serbuk kari daging (agak-agak)
Daun kari
Kiub pati ayam atau garam
Serbuk kunyit
Cara membuat:
- Mula-mula, kisar semua bahan yang perlu dikisar.
- Satukan semua bahan di atas dan gaul bersama ayam.
- Kemudian, perapkan dalam 1/2 jam. Kalau nak cepat, taknak perap pun tidak apa.
- Goreng dengan api yang kuat dan minyak yang penuh.
- Akhir sekali, minit last perlahankan api. Apabila warna dah menarik, boleh diangkat.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Tengku RosElyza Raja Muhammad(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shopee.com.my/icookasia.shop
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity