fbpx

Resepi Ayam Bawang Viral, Makan Sepinggan Mesti Bertambah

iCookAsia

Resepi ayam bawang ni agak viral juga kan sejak kebelakangan ini.  Bila dah makan, memang tak ingat dunia lah, sedap sangat tau!

Jom kita try.

Terima kasih untuk Anna Azilla atas perkongsian resipi Ayam Bawang ini 😊

Bahan-bahan:
Ayam
4-5 ulas bawang (digoreng jadi bawang goreng)
Garam
Kunyit
Serbuk kari
Serbuk lada sulah
Serbuk cili
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci lebih halia
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
Serbuk cili
3 sekawan
Daun pandan
Daun kari
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram

Cara-cara:
1. Basuh dan cuci ayam. Gaulkan dengan garam, kunyit, serbuk kari, lada sulah dan serbuk cili.
2. Goreng ayam menggunakan minyak goreng bawang tadi sehingga separuh atau tiga suku masak. Tos dan ketepikan.
3. Kisar halus bawang putih, bawang merah dan halia.


4. Tumis 3 sekawan, daun pandan dan daun kari. Masukkan pes kisar tadi dan tumis sehingga naik bau.
5. Kacau dan masukkan jintan manis, jintan putih, serbuk kari dan serbuk cili. Kacau lagi dan masukkan sos. Masak sehingga garing.
6. Tambahkan air sedikit dan perasakan dengan garam dan gula.


7. Masukkan ayam tadi dan gaul sebati. Akhir sekali, masukkan bawang goreng tadi. Masak sebentar dan sedia untuk dihidang.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay!

Kredit resipi dan gambar: Anna Azilla (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x