Siapa sahaja yang tidak suka Ayam Bakar kan? Dengan rasanya yang memang cukup sedap membuatkan lagi nikmat nak makan. Nak makan macam tu sahaja pun boleh. Kali ni, Admin nak share satu resipi yang sangat sedap dan special iaitu Ayam Bakar ala Kenny Rogers, selepas ini, boleh buat sendiri je di rumah.
Jom kita try.
Terima kasih Nur Aisya untuk perkongsian resipi Ayam Bakar Ala Kenny Rogers ini 🙂
Bahan-Bahan:
Bahan A:
1 biji bawang holland
3 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
Lada hitam
Sos lada hitam
Sos tiram
Kiub ayam
Sedikit gula jika perlu
Cara penyediaan:
- Kisarkan kesemua bahan-bahan di atas.
Bahan B (Untuk Ayam):
Ayam seekor atau whole leg 4
1 biji kentang (Untuk direbus bersama ayam)
Sayur (Untuk dibakar bersama ayam):
Broccoli
Carrot
Kentang
Bawang holland
Shitake mushroom
Cara penyediaan:
- Pertama sekali, masukkan bahan-bahan A yang sudah dikisar tadi.
- Seterusnya, masukkan ayam dan kentang. Boleh masakkan ayam terlebih dahulu di dalam kuali bersama kuah sehingga ayam masak dan kuah menjadi pekat. Cara ini adalah untuk memastikan ayam akan betul-betul masak sewaktu dibakar.
- Kemudian, blend kentang yang sudah direbus bersama ayam tadi dan tuang semula ke dalam kuali selepas dikisar.
- Selepas kentang tadi sudah dikisar dan dimasukkan ke dalam kuali, ia akan menjadikan kuah semakin pekat dan creamy.
- Letak ayam dalam tray dan letak sayur yang ada.
- Sebelum masukkan ayam ke dalam oven, letakkan sedikit butter atas ayam.
- Bakar pada suhu 200 selama satu jam. Untuk 15 minit pertama, pastikan api atas bawah dan selebihnya, api atas sahaja.
- Boleh dihidangkan bersama nasi nanti.
Bahan C (Untuk Nasi Planta):
Beras
Planta
Halia hiris
Bawang besar (Dihiris)
Cara penyediaan:
- Cairkan planta dan tumis bawang besar serta halia. Bagi layu-layu sahaja.
- Masukkan beras. Garam sedikit dan gula sedikit sahaja untuk bagi ada rasa balance.
- Sukat air seperti biasa dan masak nasi dalam periuk biasa.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Nur Aisya(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos