fbpx

Resepi Asam Rebus Ikan Nenas. Boleh Tambah Belacan Kalau Suka.

iCookAsia

Anda peminat masakan Ikan? Sudah bosan dengan masakan Asam Pedas, 3 Rasa, Stim, atau goreng biasa? Pernahkah anda mencuba masakan Asam Rebus Ikan Nenas? 

Masakan ini begitu jarang sekali kita jumpa orang buat kan? Lebih-lebih lagi dengan menggunakan Ikan Selar Kuning ini. Tetapi tahukah anda rasanya sangat sedap? Tak percaya, kenalah cuba. Pastikan kuahnya rasa sedikit masam-masam, baru lah betul cara masakan anda. Jom cuba!

Terima kasih Siti Khodijah untuk perkongsian resipi Asam Rebus Ikan Nenas ini 🙂

Bahan-bahan:

Ikan selar kuning

Asam keping

Garam 

Gula

Nenas dipotong

Air

Asam keping

(Rasa dahulu masakan, kalau diperlukan asam keping baru letak)

Garam dan gula secukupnya

Serbuk perasa

(dikisar bersama sedikit nenas)

Bawang putih

Bawang merah

Cili kering (ikut  kepedasan masing-masing)

Halia

Kunyit

Sedikit belacan (optional)

Cara membuat: Campurkan semua bahan dan didihkan. Perasakan dengan secukup rasa, kuahnya biar ada rasa masam-masam manis sedikit, baru sedap.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Siti Khodijah (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x