Bagi peminat Asam Pedas, anda mesti cuba resepi yang mudah dan senang untuk dibuat ini. Bahan dan cara penyediaan pun tidak memerlukan waktu yang lama. Nak guna ikan lain pun boleh. Makan pula dengan nasi panas.
Terima kasih Sharinaz Redwan untuk perkongsian resipi Asam Pedas Ikan Kembung Lemak ini 🙂
Bahan- bahan:
Bahan A (Kisar):
2 biji bawang besar
3 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
2 inci halia
3 batang serai (kalau nak titik sahaja pun boleh)
2 senduk cili kisar
Bahan B:
Ikan kembung atau ikan lain
Minyak untuk menumis
Air asam jawa
Daun kesum
Bunga kantan
Garam
Cara membuat:
- Mula-mula, tumiskan bahan kisar sehingga betul-betul pecah minyak.
- Kemudian, masukkan pula air asam jawa dan tambahkan sedikit air. Biarkan ia didih sekejap.
- Jika sudah mendidih, boleh masukkan ikan, bunga kantan dan daun kesum. Biarkan api sederhana sampai mendidih dan ikan masak.
- Akhir sekali, letakkan garam secukupnya. Nak letak perasa pun boleh. Boleh dihidangkan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Sharinaz Redwan(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shopee.com.my/icookasia.shop
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity