fbpx

Resepi Asam Pedas Ayam Ini Memang Sedap, Mesti Bertambah Makan Nasi

iCookAsia

Biasa Asam Pedas ini sangat popular di Melaka, tapi buat sendiri pun boleh. Masih maintain sedap rasanya. Boleh makan banyak pula tu. Masak Asam Pedas Ayam pun sedap juga, memang padu dan mesti bertambah.

Boleh tengok video di bawah untuk tengok dengan lebih lanjut di YouTube iCookAsia.

Bahan- bahan:

500 g ayam 

2 batang serai (diketuk)

5 tangkai cili kering

5 biji bawang merah

2 ulas bawang putih

1/2 inci halia

2 biji buah keras

1/2  inci belacan (dihancurkan)

1/2 cawan air asam jawa

1 cawan air

4 tangkai daun kesum

1 biji tomato (dipotong 4)

1 pokok daun ketumbar (dihiris)

Minyak secukupnya

Garam secukup rasa

Cara membuat:

  1. Mula-mula masukkan cili kering, bawang merah, bawang putih, halia, buah keras, belacan dan sedikit air di dalam mesin pengisar. Kisar sehingga halus
  2. Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan serai dan bahan kisar. Tumis sehingga garing dan naik bau.
  3. Kemudian masukkan ayam dan biarkan sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan air asam jawa, garam, air daun kesum dan tomato. Biarkan mereneh sehingga pekat dan pecah minyak.
  5. Setelah ayam empuk, angkat dan tabur sedikit daun ketumbar. Ayam asam pedas sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: iCookAsia(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x