fbpx

Resepi Apam Gula Merah Paling Mudah Dan Sedap. Para Suami Pun Boleh Buat!

iCookAsia

Kerja memasak ini, bukanlah hanya pada kerja para wanita atau isteri. Yang lelaki pun boleh buat tau. Haa, memandangkan musim PKP sekarang, pasti ada yang tak tahu nak buat aktiviti apa lagi kan? 

Buat para suami, kalau mencari aktiviti pada hari minggu ini, boleh cuba buat resepi Legend Apam Gula Merah ini. Boleh buat surprise pada keluarga untuk hasil memasak anda. Hehe…

Terima kasih Shabudin Ismail untuk perkongsian resipi Apam Gula Merah ini 🙂

Bahan-bahan:

3 cawan tepung gandum

2 cawan air gula merah (nak kurang manis, boleh kurangkan pada 1 cawan sahaja)

2 sudu besar gula 

1/2 cawan air suam

1 paket yis mauripan

1 sudu kecil baking powder

Secubit soda bikarbonat

Acuan atau loyang (di sapu minyak)

Kelapa parut

Cara membuat:

  1. Satukan semua bahan dan kacau sampai larut sebati. Kemudian, perap selama 1 jam.
  2. Apabila sudah kembang, masukkan dalam acuan.
  3. Kukus selama 15 minit hingga masak dengan api sederhana.
  4. Jika guna loyang, kukus selama 30-40 minit hingga masak.

Tips:

  1. Adunan yang kembang tadi jangan di kacau ketika hendak dimasukkan dalam acuan atau loyang. Sudu je terus dan masukkan ke dalam acuan atau pun loyang dan terus di kukus.
  2. Bungkus tudung kukus dengan tuala supaya air tudung tidak jatuh menitis ke atas apam tadi supaya permukaan kuih nampak licin.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Shabudin Ismail (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x