fbpx

Resepi Apam Gula Hangus Yang Sedap, Puas Hati Dapat Makan. Hanya Perlu Kukus Sahaja!

iCookAsia

Setiap pagi mesti nak kena ada kuih-muih terhidang depan mata. Baru best kan untuk sarapan. Makan untuk waktu petang pun boleh juga. Jadi, resepi Apam Gula Hangus ini pun sangat sedap dan mesti puas hati. 

Jom try.

Terima kasih Khairunnisa Mohammad untuk perkongsian resipi Apam Gula Hangus ini 🙂

Bahan- bahan:

1 cawan gula

1 cawan air panas

1 cawan tepung gandum

2 sudu besar marjerin

1 sudu kecil baking soda

1 sudu kecil baking powder

1 sudu kecil esen vanila

3 sudu besar susu pekat manis

4 biji telur

Cara membuat:

  1. Mula-mula, cairkan gula dalam kuali.
  2. Kemudian, jika gula sudah menjadi perang, masukkan air panas.Kacau sebati kemudian masukkan marjerin. Kacau sampai mendidih. Tutup api dan biar sejuk. 
  3. Dalam bekas, pecahkan telur dan whisk
  4. Masukkan esen vanila dan susu pekat manis, whisk kan lagi. 
  5. Masukkan tepung gandum, baking soda dan baking powder. Whisk sehingga sebati. 
  6. Tuang air gula yang sudah sejuk dan whisk sebati.  Jangan tuang masa panas. 
  7. Seterusnya, perap selama 15 hingga 20 minit. Jangan tak perap. 
  8. Akhir sekali, kukus selama 30 minit atau hingga masak. Boleh kukus dalam loyang atau acuan.

Nota tambahan:

  1. Kalau guna acuan, dapat dalam 22 biji apam.
  2. Penutup pengukus tersebut balut dengan kain. Kalau air menitik atas apam, nanti apam jadi tak mahu naik. 
  3. Telur mesti guna yang fresh juga. 
  4. Kalau nak pakai mixer, silakan. Tapi jangan pakai pengisar. Takda mixer, whisk pakai tangan sahaja.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Khairunnisa Mohammad(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x