fbpx

Resepi Apam Coklat Kukus Yang Senang Dan Sedap!

iCookAsia

Kanak-kanak memang suka makan apam coklat kan, bukan kanak-kanak je orang dewasa pun suka kalau sedap dan moist. Nak buat pun senang, kukus sahaja.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Noraslinda Md Radzhi atas perkongsian resipi Apam Coklat Kukus ini 😊

Resepi apam kukus

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum

5 – 6 sudu besar serbuk koko

1 sudu kecil baking powder

1/2 sudu kecil soda bikarbonat

2 biji telur gred B

3/4 cawan gula halus

1 cawan susu pekat

1 cawan minyak jagung

1 cawan air suam

Cara membuat:

  1. Campurkan tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko. Ayakkan kesemuanya.
  2. Masukkan gula, susu pekat, telur, minyak jagung dan air suam. Kacau sebati menggunakan whisk.

3. Rehatkan selama 1/2 jam.

4. Oleskan minyak di dalam acuan dan tuang adunan.

5. Kukus selama 20 minit pada api sederhana.

6. Sudah sejuk, boleh keluarkan apam dari acuan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay!

Kredit resipi dan gambar: Noraslinda Md Radzhi (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x