fbpx

Rendang Tok, Resepi Asal Yang Dipermudahkan Lagi

iCookAsia

Ada yang masih beraya? Jom cuba Resepi Rendang Tok ni, resepi ini dipermudahkan sedikit tapi rasa memang seperti asal. 

Jom kita try.

Terima kasih untuk Rm Zuan atas perkongsian resipi Rendang Tok ini 😊

Bahan-bahan:
1kg daging dipotong 2 inci

Langkah 1:
2 sudu biji ketumbar
2 sudu jintan manis
2 sudu jintan putih
Sangai kering ketiga-tiga bahan ini, kemudian ditumbuk bersama 1 sudu lada hitam yg tidak disangai. Ketepikan.

Langkah 2:
10 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup
5 biji buah keras
5 batang serai
Curahkan kesemua bahan langkah 1 dan 2 ke atas daging. Gaul rata dan perap sekurangnya 4 jam.

Cara memasak:
2 batang kulit kayu manis
8 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
8 butir bunga cengkih

1. Tumis bahan-bahan di atas dengan 1 cawan minyak masak.
2. Masukkan daging yang sudah diperap, dikuti dengan 1 cawan cili kering yang siap dikisar.
3. Kacau sehingga daging nampak kecut, masukkan 1kg santan serta air.
4. Masak dengan api sederhana sehingga daging nampak lembut (jika belum lembut tambah lagi air).
5. Apabila daging kelihatan hampir masak, masukkan 1 cawan gula merah serta 1 cawan kerisik dan 2 keping asam keping.
6. Perasakan dengan garam serta serbuk perasa. Kacau dan tunggu sehingga masak.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay!

Kredit resipi dan gambar: Rm Zuan (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x