Hidangan rendang ini kebiasaanya dihidang pada musim perayaan. Tetapi, kalau ada yang teringin luar daripada musim, boleh je buat. Tetapi kalau ada orang dirumah yang tak makan daging, tetapi nak rendang. Jangan risau, boleh buat resipi di bawah ini sebab anak-anak beliau pun suka makan.
Terima kasih Salasiah Man untuk perkongsian resipi Rendang Minang ini 🙂
Bahan-bahan:
1kg daging
1 labu bawang besar*
1 labu bawang putih*
2 inci halia*
2 inci lengkuas*
2 senduk rata cili kisar
Serai (dititik)
Daun limau purut
2 kotak kecil santan
Sekeping gula kabung
Garam
Asam keping
2 sudu minyak masak
Cara membuat:
- Kisar bahan bertanda (*).
- Tumis bahan kisar dan masukkan daging.
- Bila mendidih masukkan santan, asam keping dengan serai.
- Masak api sederhana sampai kuah separuh kering.
- Masukkan daun limau purut, gula kabung dengan garam.
- Masak sampai agak kering.
(“Saya masak tadi lebih kurang 3 jam”)
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Salasiah Man (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/