fbpx

Red Velvet Puteri Ayu. Anak-Anak Mesti Suka Sebab Ada Cheese. Jika Anda Kreatif, Curahkan Coklat Atau Cream Cheese Untuk Rasa Lebih Mewah

iCookAsia

Resepi perkongsian Ain Kamis ini diolah kembali mengikut resepi asal dan menjadi satu respei baru yang harus dicuba di rumah. Jika anda kreatif orangnya, apa kata curahkan lelehan coklat atau cream cheese di atasnya untuk rasa yang lebih mewah.

Bahan cheese :
250 gram cream cheese ( jgn smpi suhu bilik)
½ cawan gula halus ( jgn penuh. Kurangkan sikit)
1 biji telur gred A
2 sudu besar tepung gandum
1½ sudu besar susu segar Yarra
Sedikit esen vanilla

Cara :
1) Putar cream cheese hingga licin & tidak berketul.
2) Masukkan gula. Putar lagi hingga sebati & licin.
3) Masukkan telur & esen vanilla. Putar lg
4) Masukkan tepung & susu segar.. Putar sebati .pastikan adunan licin tidak berketul ye.

Bahan Red Velvet :
Bahan A : diayakkan
250gram tepung gandum
1 sudu besar serbuk koko
½ sudu kecil soda bicarbonate

Bahan B : Buttermilk
1 cawan susu segar Yarra
1 sudu kecil cuka masakan

Bahan C :
3 biji telur gred A
1 cawan gula halus
1 sudu kecil ovalete
Sedikit esen vanilla

Bahan D :
Pewarna merah

Cara :
1) Buat bahan B terlebih dahulu. Satukan kedua bahan tersebut dan biarkan sementara kita siapkan step yg lain.
2) Ayakkan bahan A. Ketepikan
3) Satukan dan putar bahan C dengan kelajuan perlahan selama 5 minit. Kemudian tukar pada high speed sehingga adunan menjadi putih dan fluffy. Lebih kurang 15 minit (bergntung pada mixer yang digunakan)
4) Masukkan bahan A & B secara selang seli ke dalam adunan bahan C yang telah kembang tadi.
5) Putar sehingga sebati dan tidak berketul
6) Kemudian masukkan pewarna. Ikut suka nak letak cair atau pekat warnanya.
7) Gris acuan dengan sedikit minyak.
8) Letak adunan cheese dahulu. Kukus selama 5 minit.
9) Kemudian baru masukkan adunan red velvet hingga penuh acuan. Kukus selama 15 minit.

Selamat mencuba.

Sumber : Ain Kamis

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x