Terasa kesegaran setiap keping roti yang dibakar apabila digabungkan dengan buah raspberry. Bestnya kalau hidangan menu petang nampak mewah macam ni kann😍 Dah la sedappppp
Bahan :
250 gm Tepung pelbagai guna
1 sk Serbuk penaik
½ sk Baking soda
240 gm Ghee Vanaspati
1500 gm Gula halus
4 biji Telur
1 sk Jus Lemon
60 ml Susu
60 gm Rasberi
1 sk Esen vanilla
Hiasan :
1 cawan Gula Aising
5 sb Susu
1 sk Hirisan Lemon
Rasberi
Cara :
1. Panaskan oven pada suhu 170’C dan griskan loyang roti bersaiz 8”.
2. Dalam mangkuk, putar semua bahan kering dan tambahkan rasberi dan putar sebati.
3. Dalam mangkuk lain, putar gula dan Ghee Vanaspati sehingga berkrim. Kemudian tambahkan telur dan esen vanilla.
4. Campurkan kedud-dua bahan. Masukkan susu jika terlalu pekat.
5. Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 25 minit.
6. Sementara kek sejuk, sediakan hiasan dengan putar gula aising, hirisan lemon dan susu sehingga berkrim.
7. Tuangkan ke atas kek dan hiaskan bersama rasberi.
#iCookAsia #rotiloaf #raspberryloaf
—————
Let’s connect:
For media, advertising, digital services, partnership and collaboration enquiries please contact: hello@icookasia.com or whatsapp +6010-4418825 (Qila)
Visit Us: http://www.icookasia.com
Follow & subscribe:
TikTok: https://www.tiktok.com/@icookasia
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Shop with us: https://icookasia.shop/
Checkout our services: https://icookasia.digital/