fbpx

Rasem

iCookAsia

RASEM

Bahan-bahannya:

1 biji tomato dibelah kasar

2 tangkai daun kari

1 biji bawang besar

2 ulas bawang putih

2 cili kering

½ cawan air asam jawa

1 sudu kecil serbuk kunyit

2 sudu besar lada hitam

1 sudu besar jintan putih

½ sudu besar serbuk jintan manis

Air secukupnya

Minyak untuk menumis

Garam secukup rasa

Cara membuatnya:1- Mula-mula tumbuk hancur jintan putih, lada hitam, serbuk jintan manis, bawang putih dan bawang merah.

2- Campurkan bahan tersebut bersama air, serbuk kunyit, garam dan air asam jawa. Kacau rata.

3- Seterusnya panaskan minyak dan kemudian tumis cili kering serta daun kari sehingga naik bau.

4- Curahkan campuran bahan tadi serta tomato.

5- Biarkan sehingga mendidih dan rasem sedia untuk dihidang.

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x