Mesti ramai yang merindui Ayam Goreng Hat Yai kan? Kerangupan dan keenakannya memang sukar dilupakan kan. Tetapi tahukah korang cara nak membuatnya cukup mudah, rasanya sama seperti yang di Thailand.
Jangan lupa cuba resipi perkongsian Muhammad Sofiyullah Mohamed Yakin. Confirm hilang kempunan.
Bahan :
Ayam – bahagian peha, kepak dan thigh.
Tepung beras
Bawang merah – hiris dan goreng hingga kekuningan
Bahan perapan :
1 labu Bawang putih
Batang ketumbar – lebih banyak lebih sedap
Serbu lada putih @ lada hitam
Serbuk jintan
Sedikit Serbuk Kunyit
Sos tiram
Kicap cair
Garam
Gula
Cara :
- Kisar semua bahan perapan.
- Kelar ayam untuk memastikan bahan perapan menyerap sempurna. Ia juga supaya ayam masak sekata.
- Perap ayam dengan bahan kisar sekurang-kurangnya dua jam sehingga semalaman.. Lebih lama lebih sedap.
- Gaulkan dengan tepung beras dan goreng sehingga kekuningan. Gunakan kaedah deep fried dan api perlahan.
- Sebelum menggoreng, celupkan batang senduk kayu ke dalam minyak. Jika ada buih kecil bermakna minyak sudah panas dan boleh mula menggoreng.
- Balikkan ayam menggunakan penyepit dan apabila sudah berwarna coklat, angkat dan terus taburkan garam sewaktu masih panas.
- Taburkan bawang goreng dan makan dengan pulut, cicah dengan sos Sri Racha.
Kredit resipi & link : Muhammad Sofiyullah Mohamed Yakin
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/