Untuk petai kekal rangup walau selepas berbulan-bulan disimpan, disarankan untuk merebusnya bagi menghentikan proses pengecutan. Malah, petai juga tidak boleh disimpan bersama kulit kerana ia akan turut mengecut dan kurang segar.
Jadi cara terbaik ialah dengan menjerukkan petai, dan dengan cara ini stok petai sentiasa tersedia di rumah. Resipi yang dikongsikan Liana Ana ini untuk tiga ikat petai.
Cara :
- Masak air sehingga mendidih dan kemudian celurkan petai sebentar sehingga kulit menjadi sedikit pucat. Ia bertujuan supaya isinya senang untuk dipicit keluar.
- Kemudian bancuh air masak bersama satu sudu besar garam dan dua sudu besar cuka makan.
- Keluarkan isi petai dan masukkan ke dalam bancuhan air tadi sehingga menutupi isi petai.
- Letakkan sebiji cili padi bagi memberikan rasa pedas.
- Biarkan seharian diluar dan barulah simpan di dalam peti ais keesokannya. Cara ini berkesan agar petai tahan lama dan kekal rangup.
Kredit resipi & foto : Liana Ana
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/