fbpx

Rahsia Lebih Satu Dekad Cara Buat Tart Telur Paling Meletop. Sedap Bak Ang.

iCookAsia

Resipi Tart Telur ini telah dikongsikan usahawan, Hanna Yasmeen yang turut menggunakannya sejak 14 tahun lalu. Bermakna resipi ini telah berusia lebih satu dekad dan terbukti cukup enak dan mampu menawan selera orang ramai.

Untuk korang yang masih buntu untuk mencari peluang menambah pendapatan, bolehlah cuba-cuba membuat Tart Telur. Kita berusaha menambah pendapatan dan selebihnya serahkan kepada Yang Maha Esa.

Bahan Pastri :

250 gm Mentega

125 gm Gula aising

1/2 sk Esen vanilla

1 biji Telur

500 gm Tepung gandum

 

Cara :

  1. Sebatikan butter dan gula aising.
  2. Kemudian masukkan telur dan esen vanila. Gaul sebati.
  3. Akhir sekali masukkan tepung. Gaul sehingga adunan tidak melekat pada jari.

 

Bahan Filling :

2 biji Telur

1 kuning Telur

75 gm Gula

150 gm Susu segar

150 gm Air

Esen vanila + Pewarna kuning

 

Cara :

  1. Campurkan semua bahan dan tapis.
  2. Tekan adunan pastri ke dalam acuan dan tuang filling.
  3. Bakar adunan pada suhu 160 – 180C selama 45 minit sehingga satu jam, bergantung kepada ketuhar masing-masing.

Kredit resipi & foto : Hanna Yasmeen

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x