Biasa jumpa menu ni di pasar malam atau bazar ramadan sahaja. Bila teringin nak makan, mana lah nak dapat. Sebenarnya boleh buat sendiri je. Nak kelainan, boleh letak halba. Tak nak letak pun tak apa. Ikut selera masing-masing.
Tapi belum cuba belum tahu.
Jom try.
Terima kasih AnneWife Aizudin untuk perkongsian resipi Putu Piring Halba ini 🙂
Bahan- bahan:
Bahan A:
1/2 paket tepung beras
2 nisan (Tumbuk)
1 cawan kelapa parut (putih,gaul dengan garam secubit)
Bahan B (Rebus):
1/2 cawan air
2 helai daun pandan
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil halba
Cara membuat:
- Mula-mula, rebus sampai mendidih semua bahan B dan sejukkan.
- Kemudian, gaul air tadi dengan tepung beras sampai menjadi seperti serbuk roti, lembab dan tapis..
- Sapu acuan dengan minyak, masukkan daun pandan, halba dua biji yang direbus tadi, kemudian tepung yang siap ditapis tadi sikit, nisan sikit, kelapa sikit, tutup semula dengan tepung tadi. Tekan manja dan jangan padat.
- Akhir sekali, kukus selama 15 hingga 20 minit.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: AnneWife Aizudin(Facebook)
Tak ada piring nya, jangan risau. Boleh guna yang ini. Meh tengok sini: https://shope.ee/20VZCubM2NÂ
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos