Rakyat Malaysia memang tidak boleh berpisah dengan pencuci mulut yang manis-manis dan yang menyegarkan. Lebih-lebih lagi pada musim panas, memang tercari hidangan air atau dessert yang sejuk sahaja. Haa, kalau di tempat anda tengah panas sekarang ini. Admin nak kongsikan resipi Puding Susu Mangga sebagai penyejuk tekak anda.
Buah mangga sendiri, kalau disejukkan dan dimakan mesti sedap kan. Kalau di buat Puding, pasti bertambah sedap dan nyaman. Jom try!
Terima kasih Syana Anuya Manmad untuk perkongsian resipi Puding Susu Mangga ini 🙂
Bahan-bahan:
1 paket agar-agar tali
1 tin susu cair
1400 ml air
Gula ikut rasa
1 atau 2 biji mangga masak (dipotong dadu )
Cara membuat:
- Basuh agar-agar dan rendam sebentar.
- Sediakan periuk, masukkan agar-agar dan air. Masak sehingga agar-agar hancur.
- Kemudian masukkan gula. Setelah gula hancur, rasa dahulu, tahap manis mengikut citarasa anda.
- Sediakan acuan; basah kan dahulu supaya senang nak keluarkan nanti. Susun isi buah mangga yang sudah dipotong dadu di dasar acuan. Padatkan supaya cantik bila dikeluarkan nanti.
- Ambil sedikit agar-agar dan tuangkan perlahan-lahan ke atas isi buah mangga. Tuang sehingga paras isi buah mangga ya, jangan terlalu banyak. Kemudian sejukkan sebentar.
- Sementara itu baki agar-agar tadi kita masak semula dan masukkan susu cair ke dalamnya.
- Kacau-kacau sehingga sebati dan bolehlah angkat.
- Setelah bahagian bawah tadi sudah sedikit keras, bolehlah tuangkan agar-agar susu ke atasnya perlahan-lahan.
- Penuhkan acuan dan setelah siap bolehlah sejukkan sepenuhnya. Masukkan ke dalam peti sejuk untuk rasa yang lebih nyaman dan sedap.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Syana Anuya Manmad (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/