Untuk membuat puding roti ini pelbagai cara ada. Ada yang puding sahaja seperti puding biasa, ada yang jenis dan dimakan bersama sos kastard. Dua-dua cara sedap. Tetapi, untuk resipi hari ini, Admin ingin kongsikan resipi daripada seorang Facebook ini.
Yang menariknya, beliau menggunakan acuan loyang bentuk ikan dan strawberry. Kreatif betul kan? Kalau dibuat jualan ni mesti ramai beratur nak beli.
Terima kasih dapur_kakzura untuk perkongsian resipi Puding Roti ini 🙂
Bahan-bahan:
20g agar-agar tali (direndam dulu 1 jam lebih)
5 cawan air
3/4 cawan gula
3 keping roti gardenia (buang kulit tepi)
1 tin susu cair
1 sudu besar butter/marjerin (cairkan dulu, tak nak pun boleh)
1 – 2 sudu besar susu pekat manis
1 biji telur (jika suka)
Secubit garam (jika suka)
1 sudu besar tepung kastard (bancuh dengan sedikit air)
Cara membuat:
- Masak agar-agar dengan air sampai larut.
- Masuk gula dan kacau-kacau rata.
- Sebelum itu, blend roti (potong kecil-kecil), susu cair, susu pekat, butter, telur hingga hancur halus.
- Tuang dalam periuk agar-agar tadi. Sentiasa kacau-kacau bagi rata.
- Masuk tepung kastard dan secubit garam. Kacau-kacau sebati.
- Biar masak seketika, kemudian boleh tutup api.
- Bahagikan ikut suka. Kemudian, warnakan.
- Ikut la nak tuang dalam loyang atau acuan besar, atau acuan kecil.
- Masuk ke dalam peti sejuk selama 1 – 2 jam.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: dapur_kakzura (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/