Waktu hujung minggu ni mesti mak-mak dah terfikir menu untuk dihidangkan untuk keluarga kan? Apa kata sediakan Puding Oreo buat penyejuk tekak. Memang sedap, anak-anak confirm suka.
Bahan :
1 paket / 20gm Agar-agar tali
8 sudu besar Gula
1 tin Susu cair
1200 ml Air
1 pek Biskut oreo – original
Cara :
- Larutkan agar-agar dengan air sehingga larut di atas dapur.
- Selepas itu masukkan gula dan susu cair. Siap adunan, boleh bahagikan kepada tiga bahagian. Dua lapisan dimasukkan Milo dan satu lagi biarkan.
- Masukkan lapisan pertama dan sejukkan. Kemudian masukkan lapisan kedua dan taburkan Oreo. Sejukkan.
- Masukkan lapisan ketiga dan sejukkan.
- Sedia untuk dihidangkan.
Kredit resipi & foto : Azila Ismail
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/