Apabila Admin nampak resipi ini di Facebook, teringat pada bazar Ramadhan. Akan ada satu kedai yang jual kuih-muih. Murah dan yang pasti sedap. Seperti perkongsian resipi di bawah ini.
Buat anda yang sukakan makanan yang berasakan puding dan jagung, resipi ini memang khas buat anda. Faham betul apabila hidangan ini menjadi kegemaran sesetengah orang. Sebab apa? Kalau puding ni dimakan sejuk-sejuk, memang betul nikmat!
Terima kasih Sakinah Zaily Johari untuk perkongsian resipi Puding Kastard Jagung ini 🙂
Bahan-bahan:
1 tin jagung creamy (“Kina pakai 1 tin setengah, nak sedap letak jagung lebih”)
1 paket tepung kastard (300g)
1 kotak santan (200ml pakai kara)
¹/² tin susu pekat
1 cawan gula
1.8 liter air
1 sudu teh garam
Cara penyediaan:
- Satukan semua bahan-bahan tersebut didalam periuk atau kuali (“Kina pakai kuali senang nak kacau”).
- Gaul rata semua jangan bagi ada ketulan tepung kemudian baru pasang api sederhana dan kacau.
- Kena kacau sentiasa jangan tinggalkan. “Lenguh-lenguh sikit tu biasa lah. Tak larat minta la orang lain ganti kacau”
- Bila adunan sudah menjadi kilat cantik dan letup-letup macam gunung berapi tu tandanya dah siap masak. Jadi, tutup la api dan letak dalam bekas/loyang/tupperware.
- Nak sedap makan sejuk boleh simpan dalam peti ais.
*Jika rasa nak manis boleh tambah gula lagi ikut tekak masing-masing.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Sakinah Zaily Johari (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/