fbpx

Puding Jagung Bersama Susu Coklat, Cair Di Mulut, Enak Dimakan!

iCookAsia

Puding Jagung yang dimakan bersama kuah coklat ini memang sedap, manis dan sesuai dimakan sebagai dessert, atau minum petang. Rasa jagung yang bercampur dengan coklat memberikan rasa yang unik namun sangat sedap. Jom kita tengok resepi ini.

BAHAN-BAHAN

½ paket agar-agar tali

3 cawan air

4 sudu besar gula pasir

1/2 tin susu cair

3 sudu besar susu pekat

4 sudu besar gula pasir

2 sudu tepung kastard

1 1/2 tin air

1/2 tin jagung

 

CARA-CARA

  1. Masak agar-agar dengan air sehingga hancur, kemudian masukkan gula pasir. Masak hingga gula betul-betul hancur, tutup api dan ketepikan dulu.
  2. Ambil periuk lain, masakkan air, susu cair, susu pekat dan gula, kemudian masukkan tepung kastard. Kena sentiasa kacau hingga mendidih sbb kalau biarkan nanti berketul-ketul.
  3. Tapis agar-agar yang dimasak tadi ke dalam periuk puding. Kemudian masukkan jagung.
  4. Masukkan dalam bekas lompang kalau nak nampak comel. Kalau nak gunakan loyang pun boleh.
  5. Biarkan puding sejuk. Kemudian baru boleh keluarkan dari acuan.

 

Susu Coklat Saji

1/2 tin Krimer Manis Coklat SAJI

1/2 tin air masak

Campurkan kedua-dua bahan dan kacau.

Siap! 

Terima kasih kepada Roshima Ibrahim Shima atas perkongsian resepi.

 

Untuk dapatkan perkakas memasak yang berkualiti pada harga berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x