Siapa peminat buah tembikai mesti terliur tengok puding air tangan Nor Al Fatihah ni kan?
Untuk membuat puding Tembikai, caranya mudah sahaja, hanya ikut langkah demi langkah yang dikongsikan. Gerenti jadi. Dan jangan takut campurkan adunan di dalam loyang kerana ia tidak akan bercampur antara satu sama lain kerana adunannya pekat.
Bahan Kisar :
3 keping Roti
1 tin Susu cair
3 sb Susu pekat
1 biji Telur
Bahan :
7gm Serbuk agar-agar
300ml Air
3 sb Gula
1 st Esen vanila
Pewarna merah & hijau
1 st Coklat masakan
Cara :
- Masak agar-agar dengan air dan gula sehingga larut.
- Kemudian tuangkan bahan yang telah dikisar tadi dan kacau perlahan dengan api kecil sehingga mendidih.
- Masukkan esen vanilla dan kacau rata. Tutup api.
- Bahagikan adunan kepada tiga bahagian. Dua bahagian dicampurkan dengan pewarna merah dan hijau. Manakala satu lagi dibiarkan putih.
- Basahkan loyang bersaiz 9” dengan sedikit air. Tuang adunan hijau dahulu sehingga rata.
- Kemudian tuang pula adunan putih di tengah-tengah. Jangan kacau adunan.
- Akhir sekali tuang adunan merah di tengah adunan putih tadi.
- Sejukkan di dalam peti ais selama dua hingga tiga jam sehingga keras. Tarik bahagian tepi puding dengan jari untuk renggangkan daripada loyang. Kemudian terbalikkan di atas pinggan.
- Untuk biji tembikai, cairkan coklat masakan secara double boiler. Masukkan ke dalam piping bag dan picit bentuk air mata di atas baking paper untuk membentuk biji tembikai.
- Simpan di dalam peti ais sebentar sehingga keras. Hiaskan di atas puding menjadi sebiji tembikai.
Sumber resipi : Blog Azlita Aziz
Kredit idea asal & foto : Nor Al Fatihah
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/