fbpx

Puas Hati Buat Sendiri Chicken Tortilla. Letak Inti Banyak Mana Pun Boleh

iCookAsia

Jika punya ahli keluarga yang ramai di rumah, lebih sesuai kiranya menyediakan sendiri hidangan kerana lebih jimat, selain dapat mengeratkan silaturahim. Seperti resipi Chicken Tortilla yang dikongsikan Fatien Zaini ini.

 

Bahan :

Roti tortilla (mission wrap)

Isi dada ayam – potong kecik

Salad

Tomato

Lobak merah – hiris halus

Timun – hiris halus

Kobis

Mayonis

Sos cili

Sos thousand island

Telur

Cara :

  1. Roti mission Wrap dibakar menggunakan frying pan.
  2. Isi ayam digaul dengan garam dan celupkan ke dalam telur serta tepung goreng cap bestari dan digoreng garing.
  3. Letakkan tortila bersama ayam, salad, lobak, timun, sos cili, mayonis dan sos thousand island dan gulung kemas. Siap untuk dimakan.

Kredit resipi & foto : Fatien Zaini

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x