fbpx

Pindang Serani Jepara, Menu Indonesia Ala Singgang

iCookAsia

Resepi dari Indonesia ini dinamakan Pindang Serani Jepara. Namun di Malaysia dipanggil sebagai Singgang. Selalunya sedap dimakan dengan budu atau di Indonesia, sambal terasi.

Jom ikuti perkongsian Makcik Ratu.

“Pindang Serani Jepara. Kita di Malaysia panggei Singgang. Makan dengan nasi putih panas sama sambal terasi, lauk nak diet jadi tak diet. Boh kuah banyak-banyak dalam pinggan nasi pastu hirup kuah.

Bahan
Ikan apa-apa pun bole. Saya guna ikan selar besar 3 ekor dipotong 2.
5-7 ulas bawang merah hiris nipis
5 ulas bawang putih
3 cm kunyit idop (bakar dulu kemudian ketuk)
3 cm halia/jahe diketuk
2 cm lengkuas diketuk
2 btg serai diketuk
1 liter air
Garam
2 helai daun salam
5 helai daun jeruk/daun limo purut
2 btg cili merah dihiris nipis
10 btg cili padi diketuk dulu klu suka lebih pedas guna 15 btg.
Daun kemangi petik daunnya saja.
Tomato ceri dibelah dua
Belimbing wuluh klu ada
Bawang besar dihiris nipis.

Cara :
Tumis dahulu bawang dengan sedikit minyak (supaya lebih sihat) sampai bawang agak layu dan wangi.
Masuk pula kunyit, halia, lengkuas dan serai. Goreng kesemuanya sampai wangi.
Masukkan 1 liter air. Perasakan dengan garam.
Jika tidak cukup kuning, tambah sedikit serbuk kunyit. Jangan banyak sangat sebab tak nak terlalu berbau serbuk kunyit. Campurkan air dulu supaya tak berketul dalam kuah tadi.
Selepas itu masukkan daun salam dan daun limau purut.
Bila mendidih, baru masukkan ikan. Apabila ikan sudah masak, tutup api. Tambahkan cili api, daun kemangi, tomato, belimbing buluh dan bawang beras dan gaul rata.
Kena guna daun salam daun kemangi daun limo baru jadi pindang serani ya.

Sumber : Facebook Makcik Ratu

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x