Nak sihat, kena amalkan pemakanan yang sihat. Tetapi, kalau dah sakit jangan cepat putus asa. Masih ada peluang untuk kembali sihat. Disamping ikut nasihat doktor, boleh juga kita amalkan petua orang orang dulu atau makan secara sihat. Disini, seorang pengguna Facebook telah kongsikan petua untuk membuat jus yang boleh hilangkan gout. Senang je!
Terima kasih Wawa Zain untuk perkongsian petua untuk hilangkan penyakit gout ini 😀
“Hari ini saya nak share satu petua bagi sesiapa yang ada gout.. Alhamdulillah dah cuba sebulan dekat suami saya yang dah lama menderita sakit gout.. 😅😅😅😅😅😅
Macam-macam petua tradisional sudah cuba tapi tak jalan. Last-last terpaksa makan ubat farmasi.. Allupurinol untuk turunkan paras asid urik.Goutnor 0.6mg untuk hilangkan rasa sakit. Orang gout memang tak boleh berpisah dengan dua jenis ubat ni kan!
Bahan-bahan dia mudah sahaja yang pasti jus yang dihasilkan memang sedap dan Inshaallah boleh diminum sebab bau dia wangi saja (tak lekat bau dalam mulut bila minum) dan tak pahit. Isteri pun curi-curi minum haha..”
Bahan-bahan:
1 biji timun
2 batang saderi/ celery
3 hirisan lemon buang biji dulu nanti pahit
Cara penyediaan:
- Masukkan semua ke dalam slow juice maker, untuk hasilkan jus sebenar tanpa perlu tambah air.
- Atau bagi yang nak guna mesin pengisar, tambah satu gelas air dan kisar semua bahan. Kemudian, tapis untuk buang hampas.
Hasilnya, boleh dapatkan sebanyak 2 gelas jus.
Tips:
“Kalau anda malas macam saya sebab nak kena basuh bekas-bekas jus jadi buat jus untuk dua hari siap-siap. Maknanya, gandakan bahan di atas kemudian masukkan ke dalam botol kosong. Kena pakai sukatan gelas yang sama supaya kuantiti jus bila nak minum pun sama.”
Cara untuk amalkan: Minum dua kali sehari. Satu gelas selepas bangun tido (awal pagi) dan satu gelas sebelum tidur (malam).
Siap! Anda yang nak sihat daripada gout, jangan lupa untuk try petua ini di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Wawa Zain (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/