Sebut sahaja mengenai daun pisang, mesti banyak kegunaan yang boleh diperolehi misalnya ia digunakan untuk bakar ikan di mana ikan dibalut dengan daun pisang ini dan ia boleh menghasilkan aroma yang wangi daripada hidangan tersebut.
Bukan itu sahaja, kebanyakkan daripada kita semua gemar untuk mengambil daun pisang daripada pokok kerana ia akan lebih memudahkan kerja setiap kali ingin menggunakannya. Justeru itu, Admin akan kongsikan dengan anda petua yang boleh digunakan untuk memastikan daun pisang tahan lebih lama. Jom kita try.
Terima kasih Intan Cahaya Rieqal untuk perkongsian tips Simpan Daun Pisang ini 🙂
Cara-cara:
- Pertama sekali, ikan daun pisang dengan getah sebanyak 4 atau 5 helai.
- Seterusnya, rendam dalam air selama 30 minit.
- Kemudian, toskan atau sejat air sekejap.
- Masukkan ke dalam beg plastik dan simpan dalam peti sejuk.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit tips dan gambar: Intan Cahay Rieqal(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos