fbpx

Pernah Dengar Sambal Bunga Kantan? Jom Buat, Lagi Sedap Ada Ikan Bilis Crunchy!

iCookAsia

Biasa dengar Sambal Ikan Bilis kan, apa kata kali ini anda cuba Sambal Bunga Kantan pula, bertambah sedap bila ada ikan bilis yang sangat rangup. Memang confirm cepat habis dan bertambah makan nasi ni.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Marlina Mawasi perkongsian resipi Sambal Bunga Kantan ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A:

Hiris halus bunga kantan

Goreng ikan bilis sehingga rangup

Bahan B:

Bawang kecil

Bawang putih

Cili padi

Sedikit ikan bilis yang sudah digoreng tadi

Cara membuat:

  1. Mula-mula, tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk sehingga garing.
  2. Masukkan pula bunga kantan dan sedikit perasa serta gula. Gaulkan.
  3. Kemudian, apabila sudah elok, matikan api dan tunggu sehingga sejuk.
  4. Akhir sekali, gaulkan dengan ikan bilis yang telah digoreng rangup tadi. Boleh dihidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Marlina Mawasi(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x