Kalau makan lauk seperti Cencaru Sumbat ini pun dah cukup tau. Yang penting, dimakan dengan nasi panas. Memang sedap sangat rasanya makan kering macam tu je. Bukan itu sahaja, bahan-bahan yang digunakan pun memang cukup rasa.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Una Husna perkongsian resipi Cencaru Sumbat Sambal Portugis ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan A:
Daun kesum (diracikkan)
Bunga kantan (hiris nipis)
15 biji limau kasturi atau cuit (perah amik air)
Gula
Garam
Secukup rasa
Aji (mengikut kesukaan masing-masing)
Bahan B (Kisar):
1 biji bawang besar
3 biji Bawang kecil
3 biji Bawang putih
Sedikit belacan
1 biji tomato
15 tangkai cili kering (direbus)
3 cili besar hijau
10 cili api
Cara membuat:
- Mula-mula, blend kasar semua bahan B.
- Tumis semua bahan yang dikisar tadi dengan minyak sehingga naik bau dan pecah minyak.
- Jika sambal sudah masak, masukkan air asam limau kasturi, bunga kantan dan daun kesum.
- Kacau sebati kemudian masukkan garam, gula, secukup rasa. Kalau nak letak ajinomoto pun boleh.
- Seterusnya, kacau lagi dan rasakan.
- Apabila sudah pekat, tutup api dan masukkan dalam cencaru tadi dan belah belakang sumbat sambal tadi.
- Akhir sekali, goreng dengan garing. Angkat dan boleh letak lagi sambal tadi dan tuangkan minyak ikan goreng tadi.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Una Husna(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity