fbpx

Peria Crispy Kriuk Kriuk. Enak Dibuat Kudapan Sendiri Dan Boleh Jana Pendapatan Tambahan. Sedap Sampai Susah Nak Berhenti Makan.

iCookAsia

Peria, walaupun punya sedikit rasa pahit, namun bagi penggemarnya, rasa pahit itu yang memberikan extra kick kepada setiap kunyahan. Dan bagi yang baru mula berjinak-jinak merasai peria, apa kata mulakan dengan Peria krispi kriuk kriuk. Kerangupan dan keenakannya buat ketagih dan sukar nak berhenti.

Terima kasih Nur Kartinie Shaffei atas perkongsian resipi.

 

Cara :

  1. Bersihkan peria katak. Potong dua dan buang biji. Hiris nipis-nipis dan boleh juga disagat.
  2. Rendam peria dengan air garam selama satu jam.
  3. Campurkan tepung Bestari perisa original/spicy dengan tepung jagung. Sukatannya, tepung Bestari mesti lebih banyak daripada tepung jagung. Jika nak pedas, lebihkan tepung spicy.
  4. Toskan peria. Lap dengan tisu dapur supaya peria kering.
  5. Gaulkan dengan tepung yang telah dicampurkan tadi. Kemudian tapis.
  6. Panaskan minyak dan goreng dalam minyak yang betul-betul panas.
  7. Apabila sudah garing, angkat dan toskan.
  8. Sementara menunggu sejuk, toskan minyak atas tisu dapur.
  9. Siap dan simpan di dalam balang.

Kredit resipi & foto : Nur Kartinie Shaffei

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layariย https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x