Tiap-tiap hari nak memikirkan bekal apa untuk disediakan buat anak ke sekolah, tentu dah buntu kan? Maklumlah waktu Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kantin sekolah ditutup, jadi ibu bapa harus menyediakan bekal sendiri untuk anak-anak.
Tak perlu pening, sediakan sahaja chicken patty buat hidangan anak-anak. Menu ini cukup sihat kerana dibuat sendiri secara homemade, bukannya makanan yang diproses. Boleh digandingkan dengan roti atau nasi.
Bahan :
1 kg Ayam bahagian dada
4 biji Telur
2 sudu Tepung jagung
Garam
Serbuk lada putih dan hitam
Daun saderi – hiris nipis
Lobak merah – potong dadu
Bawang merah – potong dadu
Bawang putih – tumbuk halus
Cara :
- Kisar ayam, telur garam, tepung jagung dan serbuk lada putih dan hitam menggunakan pengisar kering.
- Kemudian gaulkan bersama daun saderi, lobak merah, bawang merah dan bawang putih.
- Masukkan ke dalam bekas dan kukus selama 45 minit.
- Selepas sejuk, hiris patty mengikut saiz dan ketebalan yang disukai.
- Lapis setiap patty menggunakan plastik untuk disimpan. Bekukan.
Kredit resipi & foto : Afizah Isnin
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/