Siapa suka makan yee mee kalau pergi food court? Resepi yee mee yang kami bakal kongsikan ini rasannya memang sebiji macam dekat food court tau! Bagi penggemar yee mee, wajib cuba resepi ini.
Terima kasih kepada saudari Khairunnisa Mohammad untuk perkongsian resepi Yee Mee ini
Bahan-bahan:
5 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
Cili kering mengikut citarasa (cuci dan rendam sebentar)
Sedikit minyak bijan
Sedikit minyak masak
Isi ayam
Kiub pati ayam
Kicap pekat manis
Kicap cair
Kicap karamel
Sos tiram
Lada sulah
Lada hitam
Sawi
Cendawan shiitake (cuci & belah dua)
1 biji telur
1 sudu tepung bancuh dengan air
Cara membuat:
- Tumis bawang putih dan halia sehingga wangi. Masukkan cili kering dan kacau.
- Masukkan ayam dan kacau sehingga sedikit masak. Masukkan air secukupnya.
- Tuang kicap pekat manis, kicap karamel, sos tiram dan kiub pati ayam. Kacau rata.
- Masukkan cendawan, lada hitam dan lada sulah.
- Masukkan bancuhan tepung jagung. Masak sehingga kuah pekat.
- Masukkan mee, sawi dan pecahkan telur. Biar mendidih sebentar.
- Titikkan minyak bijan dan tutup api.
Kredit resipi dan gambar: Khairunnisa Mohammad (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity