Cha Bang Ang ini mula viral dengan satu produk Melayu yang jual. Yang membuatkan ramai terliur dan teringin untuk cuba, ialah rasa manis seperti caramel dan makan atau minum bersama ais kiub. Lagi puas bila dapat bila cuaca panas. Betul tak?
Terima kasih Mia Zareef Afiq untuk perkongsian resipi Cha Bang Ang ini 🙂
Bahan-bahan:
½ cawan gula perang (1 cawan air = untuk dimasak dan dijadikan air gula perang)
Biji selasih
1 tin laici
1/2 kotak susu segar full cream
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat manis
Secubit garam halus
1 sudu teh esen vanilla
Ais kiub
Cara penyediaan:
- Sediakan mangkuk besar dan campurkan semua bahan ke dalam mangkuk.
- Kacau dan sedia untuk diminum (ais kiub boleh letak apabila hendak diminum)
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Mia Zareef Afiq (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/