Tak rugi tau cuba resepi terlajak mudah ni. Sangat mudah, sedap dan takkan pernah cukup satu makan.
Bahan-bahan:
200g Krimer Manis Pekat SAJI
185g Krimer Sejat Cair SAJI
220ml air
100g tepung kastard
80g gula
100g serbuk kopi
1sk esen vanilla
200g biskut jejari
1 sb serbuk koko
Cara membuat:
1. Campurkan Krimer Manis Pekat SAJI, Krimer Sejat Cair SAJI, tepung kastard, gula, air dan esen vanilla ke dalam periuk.
2. Masak dengan api kecil selama beberapa minit, kacau sentiasa sehingga sebati dan menjadi pekat.
3. Setelah kuah kastard pekat, tutup api dan biarkan sejuk sehingga suhu bilik.
4. Bancuh serbuk kopi dengan air suam.
5. Setelah kastard sejuk, rendamkan biskut ke dalam bancuhan kopi.
6. Isikan/paipkan kuah kastard ke dalam gelas, diikuti dengan biskut yang sudah direndam.
7. Ulang semula langkah 6 sehingga gelas penuh.
8. Tabur serbuk koko sebagai hiasan dan sedia untuk dihidang.
—————
Let’s connect:
For media, advertising, digital services, partnership and collaboration enquiries please contact: hello@icookasia.my or whatsapp +6010-4418825 (Qila)
Visit Us: https://icookasia.my
Follow & subscribe:
TikTok: https://www.tiktok.com/@icookasia
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Shop with us: https://icookasia.shop/
Checkout our services: https://icookasia.digital/