Tidak semua orang gemar akan hidangan Pedal ini sebab Pedal ini antara organ badan dalaman pada Ayam. Ada yang memang jenis tak makan. Tetapi, kalau yang makan pasti suka makan dengan goreng kunyit biasa kan?
Untuk hari ini, Admin akan kongsikan resipi Pedal daripada seorang pengguna Facebook ini dimana tidak lagi hidangan membosankan. Ha, excited kan? Jom masak!
Terima kasih Asrinna Bakri untuk perkongsian resipi Pedal Masak Hitam Manis ini 🙂
Bahan-bahan:
250g pedal yang telah dibersihkan
1 biji Bawang merah
3-4 biji Bawang putih
1 inci Halia
Cili padi (terpulang bape pedas mahu)
Serbuk kunyit
Kicap
Sos tomato
Sos cili
Daun sup
Cara memasak:
1. Gaul pedal dengan kunyit dan cukup rasa. Kemudian goreng. Tumbuk bawang besar, halia, bawang putih dan cili.
2. Panaskan minyak. Goreng pedal separuh masak.
3. Ketepi pedal. Tumis bahan-bahan tumbuk tadi hingga garing. Masukkan kicap. Tambah air lebih kurang secawan. Perlahankan api. Biarkan pedal betul-betul masak. Lebih kurang ½ jam.4. Masukkan sos-sos. Biarkan hingga kuah pekat. Rasakan garam dan cukup rasa.
Siap! Anda jangan lupa untuk try masak di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Asrinna Bakri (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/