Kek adalah pencuci mulut yang terbaik pada semua waktu. Kalau bosan-bosan pun sedap untuk makan Kek. Dan yang paling sedap menyegarkan pastilah Kek yang mempunyai buah-buahan sebagai topping. Seperti seorang pengguna Facebook ini, dimana beliau kongsikan resepi Pastry Fruit Cake ini.
Kalau nak habiskan stok buah-buahan sebelum ianya busuk, boleh la buat hidangan Kek ini. Confirm orang-orang di rumah suka!
Terima kasih Iedaa Jahaya untuk perkongsian resipi Pastry Fruit Cake ini 🙂
Bahan-bahan:
210g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
100g butter
50ml yogurt asli
3 biji telur
150g gula kastor
Esen vanilla
1 sudu besar Kulit limau sunquick (diparut)
Buah-buahan:
Strawberry (dipotong)
Kiwi (dipotong)
Blueberry
Buah peach dalam tin (potong)
Cara membuat:
- Ayak dua tepung gandum dan baking powder.
- Dalam satu bekas, masukkan gula, butter, yogurt dan esen vanilla. Mix dengan kelajuan tinggi hingga putih dan berkrim.
- Masuk 1 persatu telur dan mix perlahan hingga sebati.
- Masuk tepung sedikit demi sedikit dan kacau guna spatula sahaja. Nak guna mixer pun boleh. Pastikan betul-betul sebati.
- Selepas itu, masukkan parutan kulit limau sunquick. Kacau lagi hingga sebati.
- Masukkkan adunan dalam loyang dan hentak-hentak sikit.
- Kemudian, bolehlah buat topping buah yang dipotong tadi.
- Panaskan oven 170. Bakar dalam 45 minit.
- Apabila sudah sejuk, keluarkan dari loyang.
- Akhir sekali, boleh ayak gula icing.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Iedaa Jahaya (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos