Apam Mekar Soda ini bukan lah resipi yang baru tetapi sudah lama dan ramai yang sudah cuba. Senang sangat untuk dibuat. Anda hanya perlukan practice, pastikan bahan cukup dan yang paling penting, bahan ovalette wajib anda. Ini kerana, bahan itu lah yang membuatkan tesktur Apam Soda ini mekar gebu dengan cantik.
Terima kasih dapurkakzura untuk perkongsian resipi Apam Mekar Soda ini 🙂
Bahan-bahan:
3 biji telur gred A
1 1/2 cawan gula
1 sudu besar ovalette
1 sudu kecil esen vanilla
3 cawan tepung gandum
1 cawan aiskrim soda F&N
Cara membuat:
- Campur dan pukul telur, gula, ovalette dan esen vanilla hingga kembang putih.
- Gunakan pada kelajuan paling laju.
- Pukul selama 6 ke 7 minit.
- Berhenti seketika.
- Masuk tepung gandum sedikit demi sedikit dan aiskrim soda berselang seli sambil pukul sederhana hingga sebati.
- Sediakan acuan lompang dan masuk paper cup.
- Adunan tadi dibahagikan.
- Warna ikut suka.
- Masukkan ke dalam piping bag dan paipkan dalam paper cup tadi hingga penuh.
- Susun acuan jarak-jarak.
- Air kukusan tidak perlu banyak. Api besar dan kukus selama 10 hingga 15 minit.
- Terpulang pada anda, samada nak balut penutup pengukus atau tidak.
- Sukat meggunakan cawan dan sudu metrik.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: dapurkakzura (Instagram)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/