fbpx

Panna Cotta bersama Kepingan Kacang Hazel

Sahajidah Hai-O

MIN KAFFE PANNA COTTA DENGAN HAZELNUT BRITTLE

Bahan untuk Panna Cotta :

Serbuk gelatin,2,sdkAir,600,mlKrim masakan,935,mlGula aising,150,gmVanilla essence,1,sdkHai-O Min Kaffe,2,paket

Bahan untuk Hazelnut rapuh :

Gula kastor,1,cawanAir,1/4,cawanHirisan Hazelnut,60,gm

Bahan untuk Krim putar :

Krim putar,200,mlGula aising,1,sdk

Cara penyediaan Panna Cotta :

  1. Masukkan gelatin di dalam mangkuk yang berisi air selama 5 minit. Ketepikan. Kemudian masukkan krim, gula aising, vanilla essence dan Min Kaffe di dalam periuk menggunakan api sederhana perlahan. Kacau sehingga semua sebati. Masukkan campuran gelatin dan kacau lagi sehingga semuanya sebati. Setelah itu angkat dan tapiskan ke dalam jug. Tuangkan campuran tadi ke dalam gelas atau bekas yang dikehendaki dan sejukkan lebih kurang 6 jam atau semalaman.

Untuk menyediakan Hazelnut brittle :

  1. Panaskan gula dan air di dalam periuk dengan menggunakan api perlahan sehingga gula bertukar warna. Setelah bertukar warna masukkan kacang hazelnut yang telah di hiris, goyang kan sedikit agar ia sebati bersama gula cair. Kemudian tuang di atas kertas pembakar dan biarkan ia sejuk sebelum dipotong.

Untuk menyediakan krim putar :

  1. Kacau krim dan gula menggunakan pengisar eletrik. Kacau sehingga menjadi lembut. Setelah itu masukkan krim putar ke dalam beg paip bersama muncung bintang.

Untuk menghidang :

Paipkan krim putar tadi di atas panna cotta tadi dan taburkan Hazelnut rapuh di atasnya. Panna Cotta bersama Hazelnut Brittle sedia untuk di hidang.

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x