Apabila sudah tiba hujung minggu ini, pasti anda semua terfikir akan aktiviti apa untuk dilakukan bersama keluarga atau rakan-rakan. Dan sudah pasti, perlu difikirkan untuk Makan Apa? Soalan yang susah untuk kaum wanita tu, hehe.
Jangan risau kalau anda tidak tahu nak makan apa. Buat sahaja ala ala malam BBQ. Kalau anda ada Air Fryer lagi bagus. Kerana disini seorang pengguna Facebook berkongsikan Cara perapan ayam seekor yang sedap berjus. Seekor ayam rasa nya cukup kan? Hehe..
Terima kasih Emy Zueriyna untuk perkongsian resipi Perapan Ayam ini 🙂
Bahan-bahan:
7 ulas bawang putih
3 cm halia
5 biji bawang merah
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos cili Thai
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu besar gula perang
Garam secukupnya
2 sudu besar minyak masak
Cara penyediaan:
- Kisar semua bahan hingga lumat.
- Lumur kan pada ayam dan perap selama 1-2 jam.
- Kemudian, bakar pada suhu 160°c selama 60 minit. Pada minit ke 30, terbalikkan ayam.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Emy Zueriyna (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/