fbpx

Pandai Masak? Tahu tak petua-petua ni?

iCookAsia

This may contain: a person cooking food on top of a wok in a kitchen with flames coming out of it

Memasak tu ramai orang kata satu terapi yang menenangkan bagi seorang wanita. Tapi betul ke korang pandai masak? Ada yang cakap “Jangan kata pandai masak kalau taktahu petua ni…”

Jom min kongsikan petua-petuanya

This may contain: an assortment of fruits and vegetables on display at a market

  1. Sayur kekal segar – Cuci sayur dengan air yang diletak dengan sedikit cuka dan masukkan ke dalam beg plastik. Simpan dalam peti sejuk. Boleh tahan lebih seminggu.
  2. Hilangkan hanyir ikan – Setelah disiang, rendamkan ikan dalam air yang dicampur limau nipis/limau kasturi selama 30 minit.
  3. Elak ikan/ayam lekat dalam kuali– Untuk mengelakkan ikan atau ayam melekat di kuali, minyak hendaklah memenuhi ikan/ayam dan dipanaskan terlebih dahulu sebelum masukan lauk.– Ketika menggoreng ikan, perap ikan bersama asam gelugur. Kemudian goreng asam gelugur hingga hitam diikuti ikan. Hasilnya, ikan tidak melekat lagi.
  4. Elak periuk jadi hitam – Sebelum memasak, sapu minyak masak atau sabun cream cuci pinggan pada bahagian luar periuk itu. Ia akan mudah dicuci.  This may contain: a pile of red onions sitting on top of a wooden table
  5. Bawang tahan lama – Untuk memudahkan kerja memasak, bawang boleh dikopek awal tetapi jangan dibasuh. Simpan dalam bekas plastik dan masuk peti sejuk.

Korang tahu tak salah satu ni? Ha nak lagi tips macam ni boleh komen dekat bawah tau!

Mudah je kalau taknak periuk cepat hitam boleh tengok sini: https://shope.ee/9zXf6rsFTa

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x