fbpx

Paling Viral Sampai Semua Cuba Buat, Ada Yang Jual Sekali!

iCookAsia

Dengan rasa crunchy salutan gula dan manis masam buah menjadikan makanan ini lagi sedap untuk dinikmati. Tanghulu ini merupakan chinese street food yang sering menjadi perhatian orang ramai terutama sekali pelancong.

Mana tidaknya, “virus Tanghulu” ini dah merebak sampai ke merata negara. Ramai yang cuba buat, pelbagai hasil yang menarik. Ada yang jadi dan ada juga yang tak jadi haha…

Jom tengok cara buat Tanghulu yang menjadi dan sedap. Nak guna buah kegemaran masing-masing pun boleh. Yang penting, mesti cuba.

Terima kasih Nur Aqilah Jufri untuk perkongsian resipi Tanghulu  ini 🙂

Kredit gambar: Nor Atika Nazirah(Facebook)

Resepi:

Bahan- bahan:
Buah-buahan masam
2 cawan gula pasir
1 cawan air
Lidi satay

Cara membuat:

  1. Pertama sekali, cuci kesemua buah yang digunaka sehingga bersih.
  2. Lap sehingga betul-betul kering. Untuk strawberry, buangkan daunnya.
  3. Cucuk pada lidi mengikut kesukaan masing-masing.
  4. Cairkan gula bersama dengan air ke dalam periuk. Jangan kacau tau.
  5. Sediakan air yang berais untuk celup buah yang sudah disalut gula nanti.
  6. Kalau gula sudah larut, biarkan seketika. Pakai api kecil tau. Kalau api besar, nanti gula tu jadi kering.
  7. Masak sampai gula jadi karamel macam ni. Pastikan api kecil sahaja waktu ni supaya tak nak gula cepat keras semasa salut buah.
  8. Celupkan terus ke dalam air berais tadi.

Dah siap, senang kan. Nak lagi mudah faham? Jom tengok koleksi video-video di bawah. Ikut je satu per satu.

 Kredit resipi dan gambar: Nur Aqilah Jufri

@chesayang_kitchen Episod 187 | Resepi Tanghulu | 2 Minit 1 Resepi by Che Sayang Kitchen Hari tu ada nampak video @aincuba makan tanghulu. Nampak macam sedap. Kita try buat 😁 #resepichesayang #chesayangkitchen #susahkenakbuat #tanghulu ♬ original sound – Che Sayang Kitchen
                                                Kredit video: @chesayang_kitchen(TikTok)
@moeirajohnson Replying to @goomih0 Resepi AntiGagal ✅ #cny2023 #chinesefood #candiedfruits #tanghulu #tanghuluasmr #tanghulurecipe ♬ 我的妈呀 – 3P

Kredit video: @moeirajohnson(TikTok)

@lizzyizzatyy Assalamualaikum aokmer…koi siap dah buat tanghulu,aokmer nerai la buat❤️👍🏻#tiktokmalaysia #temerloh #pahangdarulmakmur #fypdongggggggg #lizzyizzaty ♬ Cintaku Sampai Ke Ethiopia – Noraniza Idris

Kredit Video: @lizzyizzatyy I(TikTok)

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Nak menyalut gula tu, boleh guna ni. Senang kerja. Boleh tengok sini: https://shope.ee/6fHBbpbOWv 

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x