fbpx

Nikmati Semperit Panjang/Semperit Papan Red Velvet Ini, Walaupun Raya Dah Habis. Sedapnya!

iCookAsia

Musim dan mood Raya dah habis ke tu? Masih sempat lagi tak untuk Admin kongsikan satu resepi Biskut/Kuih Raya yang sangat menarik dan nampak sedap? 

Manalah tahu kan, bosan-bosan di rumah ini masih ada yang nak cuba dan makan Kuih Raya untuk kudapan. Haa, sangat sesuailah untuk anda cuba perkongsian resepi daripada seorang pengguna Facebook ini. Cukup bahan semua, boleh dah cuba buat. Jom!

Terima kasih dapur_kakzura untuk perkongsian resipi Semperit Red Velvet ini 🙂

Bahan-bahan:

250g butter

150g gula icing

1 biji kuning telur 

250g tepung red rose

150g tepung kastard 

30g tepung jagung

1 sudu kecil esen vanilla

1 sudu besar serbuk koko

Pewarna velvet emulco

Coklat rice/manik gula – hiasan

Cara membuat:

  1. Ayakkan tepung red rose, tepung kastard dan tepung jagung. Ketepikan.
  2. Pukul (guna senduk kayu je) butter dan gula hingga sebati.
  3. Masukkan telur dan esen vanila. Gaul-gaul rata.
  4. Masuk serbuk koko dan pewarna velvet emulco. Kemudian gaul rata seketika.
  5. Masuk tepung sedikit demi sedikit.
  6. Menguli sehingga adunan menjadi doh yang lembut dan tidak melekat pada tangan.
  7. Sediakan loyang pembakar dan oleskan sedikit butter.
  8. Masukkan doh ke dalam acuan tart nenas, tekan di atas loyang memanjang.
  9. Buat dalam 2.5 inci panjang. Dan hiaskan dengan coklat rice/manik gula.
  10. Bakar dalam oven dengan suhu 160’C selama 15 minit.
  11. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: dapur_kakzura (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x