fbpx

Nikmati Jemput-Jemput Raja Dan Jus Kurmaturi Untuk Hidangan Sewaktu Musim Hujan Ini. Sedapnya…

iCookAsia

Disebabkan sekarang ini musim hujan yang lebat, Admin pasti semua nikmati cuaca yang nyaman ini. Anda yang berada di rumah ini sudah pasti ingin menikmati bau bau hujan sambil minum dan makan petang kan?

Jom Admin kongsikan satu hidangan yang boleh anda buat, iaitu Jemput Raja dimana mencampurkan Ulam Raja didalam bahan untuk membuat. Dan juga, Jus Kurmaturi dimana campuran Kurma dan juga Limau Kasturi. Sesuai buat anda yang tidak gemar dengan air manis. Rasanya sedap, masam-masam manis. 

Terima kasih Nik Mazihalaura untuk perkongsian resipi Jemput Raja & Jus Kurmaturi ini 🙂

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum

2 cawan air mendidih

Ulam raja dipotong halus

1 sudu kecil garam

1 sudu kecil chili flakes

1 sudu kecil yis

1 sudu kecil gula

Cara membuat:

  1. Masukkan semua bahan kecuali air. Gaul rata. 
  2. Kemudian, masukkan air mendidih dan gaul menggunakan sudu (sebab air panas). 
  3. Apabila sudah sebati, bulat-bulatkan dengan membasahkan tapak tangan dengan air untuk mengelak tepung melekat di tangan.
  4. Akhir sekali, goreng sampai kekuningan.

Resepi Jus Kurmaturi:

  1. Kisar beberapa biji kurma dengan segelas air.
  2. Masukkan jus limau kasturi. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nik Mazihalaura (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x