fbpx

Nasi Ulam

iCookAsia

Nasi Ulam & Asam Rebus Keladi

Bahan untuk membuat nasi ulam:

1) 4 cawan nasi sejuk

2) 1 keping ikan talang masin yang telah digoreng

3) 1 sudu besar udang kering yang digoreng tanpa minyak

4) 4 sudu besar kerisik

5)1 sudu besar lada hitam – dikisar halus

6) 1 labu bawang besar

7) 5 helai daun kaduk

8) 5 tangkai daun selom

9) 5 tangkai daun kesom

10) 3 tangkai daun limau purut

11) 1 helai daun kunyit

12)  1 kuntum bunga kantan

13) 1 inci lengkuas

14)  4 batang serai

Bahan untuk membuat asam rebus keladi:

1) 500 gram batang keladi dan ubinya

2) 5 tangkai daun kesum

3) 5 keping asam gelugor

4) 5 cawan air

5) garam secukup rasa

6) 8 tangkai cili kering

7) 5 biji bawang merah

8) 2 sudu besar ikan bilis

9) 1 inci belacan

Cara-caranya:

1. Untuk menyediakan nasi ulam, mula-mula masukkan udang kering dan ikan talang masin ke dalam mesin pengisar, kisar kering sehingga halus. Masukkan ke dalam piring dan ketepikan dahulu.

2. Kemudian hiris serai dan lengkuas, masukkan ke dalam mesin pengisar dan kisar kering sehingga halus.

2. Selepas itu, hiris halus bawang besar dan semua jenis ulam-ulaman – daun kunyit, daun kaduk, daun selom, daun kesum, daun limau purut dan bunga kantan.

3. Kemudian masukkan serbuk udang dan ikan kering, serbuk serai dan lengkuas, lada hitam, kerisik, bunga kantan, bawang besar dan ulam-ulaman yang telah dihiris ke dalam bekas berisi nasi. Gaul rata kesemua bahan.

4. Untuk menyediakan asam rebus keladi, mula-mula bersihkan keladi dan potong kecil. Kemudian rebus bersama garam di dalam kuali sehingga lembut dan masak.

5. Sementara itu, masukkan cili kering, bawang merah, ikan bilis, belacan dan sedikit air ke dalam mesin pengisar, kisar sehingga halus.

6. Kemudian masukkan ke dalam kuali bersama air, batang keladi yang telah direbus, daun kesum, asam gelugor dan garam. Kacau rata dan didihkan seketika.

7. Asam rebus keladi sedia untuk dihidang bersama nasi ulam. Selamat mencuba!

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x