Hidangan untuk 5orang
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
1) 1 cawan beras
2) 2 ½ cawan air
3) Secubit garam
Bahan-bahan bagi serunding ikan pula ialah:
1) 1 cawan isi ikan direbus
2) 5 ulas bawang merah(dikisar)
3) 1 ulas bawang putih(dikisar)
4) 1 inci halia(dikisar)
5) 2 sudu besar cili tumbuk(dikisar)
6) 1 keping asam keping
7) 1/2 cwn santan
Bahan- bahan bagi gulai udang:
1) 250 gm udang segar
2) 1 cwn santan
3) 1 inci kunyit,halia,lengkuas(dikisar)
4) 2 ulas bawang merah(dikisar)
5)1 sudu besar cili tumbuk (dikisar)
6) 1 keping asam keping
Bahan bagi membuat telur dadar pula adalah:
1) 1 biji telur
2) Sedikit garam
Akhir sekali, bahan-bahan untuk membungkus nasi tumpang:
1)Daun pisang (dijadikan bekas kon)
2)Pencungkil gigi/lidi
Cara-cara :
1.Mula-mula masak nasi menggunakan periuk elektrik dengan 2 ½ cawan air dan secubit garam, ketepikan dan biar ianya sejuk
2. Bagi menyediakan serunding ikan – isi ikan dimasuk dalam kuali bersama bahan kisar. Tambahkan santan, asam keping, garam dan gula. Dimasak sehingga menjadi kering. Ketepikan seketika.
3. Untuk menyediakan gulai udang: masukkan bahan kisar bersama santan, asam keping, garam & gula ke dalam periuk. Setelah mendidih, masukkan udang. Kacau seketika sehingga udang masak. Matikan api dan ketepikan dahulu.
4. Untuk menyediakan telur dadar – pukul telur bersama sedikit garam, kemudian goreng di dalam kuali leper dengan minyak yang sedikit. Setelah masak, angkat dan gulungkannya. Kemudian dihiris nipis.
5. Untuk membungkus nasi tumpang: Gulungkan daun pisang berbentuk kon dan sematkan lidi dihujungnya supaya tidak terbuka. Masukkan sedikit nasi, padatkan, diikuti dgn satu sudu serunding. Masukan sedikit lagi nasi lebih kurang 2 sudu besar dan padatkan lagi. Letakan telur dadar disusuli dgn satu sudu besar nasi lagi. Kemudian tuangkan sedikit kuah gulai udang, letakkan seekor udang dan padatkan dgn nasi sebagai lapisan terahir. Lipat bahagian atas daun pisang hingga menutupi nasi dan sematkan dgn lidi dengan kemas supaya tidak terbuka. Nasi tumpang kini sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!