Musim PKP ni memang tak dapat nak makan nasi minyak, nak beli kat kedai pun susah nak jumpa. Jadi jom kita buat sendiri. Buat sendiri ni puas hati la dapat makan banyak-banyak kan. Jom cuba.
Terima kasih Mdm Kelly untuk perkongsian resipi Nasi Minyak dengan Daging Masak Hitam ini 🙂
Resepi Nasi Minyak
4 cawan beras basmathi (rendam dan cuci bersih)
Bahan tumis:
1 batang serai diketuk
Halia
Hirisan bawang besar
4 sekawan
Daun pandan
2 sudu makan minyak sapi
2 sudu makan minyak masak
3 cawan susu cair+air biasa (cukupkan 7 cawan air)
Sedikit serbuk kunyit
Garam
Kismis
Cara memasak:
- Panaskan minyak sapi dan minyak. Tumis semua bahan tumisan hingga naik wangi.
- Masukkan beras, susu dan air, garam. Gaul sebati. Angkat dan letak dalam periuk elektrik.
Resepi Daging Masak Hitam
Bahan-bahan:
1kg daging potong kiub dan cuci bersih
Bahan kisar
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
Halia
Bahan tumis
1 batang serai
4 sekawan
Kicap manis
Kicap masin
Sos tiram
3 sudu makan cili kisar
1/2 sudu makan serbuk jintang manis dan putih
Sedikit gula kerek
Cara memasak:
- Tumis serai dan 4 sekawan. Masukkan bahan kisar dan cili, daging dan kicap.Â
- Masak api perlahan, masukkan serbuk jintan, kemudian boleh tambah lagi kicap dan gula. Tak perlu letak garam.Â
- Biarkan daging empuk dan masak.
Gunakan 32cm SHEFU Aluminium Wok untuk memastikan daging anda masak sekata dan tak melekat pada kuali.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Noriza Jaja(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos