fbpx

Nasi Lemak Strawberry Dan Sambal Strawberry Ala Cameron Highland.

iCookAsia

Jarang dapat makan Nasi Lemak Strawberry dan Sambal Strawberry kecuali di Cameron Highland. Tapi kalau teringin nak makan, cubalah buat sendiri. Tak susah pun, cuma perlu tambahkan strawberry. Dan untuk sambal, strawberry sebagai pengganti asam jawa. Menarik kan?

 

Bahan Sambal :

Strawberry  – kisar dan tapis

4 ulas Bawang merah*

3 ulas Bawang putih*

Sedikit ikan bilis*

1 labu Bawang Holland – hiris

20 tangkai Cili kering – rebus dan kisar halus

Cara :

  1. Kisar bahan bertanda * dan tumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan bawang holland dan tumis lagi sehingga layu.
  3. Masukkan cili kering yang sudah dikisar. Tumis sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan pula gula merah. Letak lebih pun tak apa, sambal nasi lemak memang biasanya manis.
  5. Perasakan dengan garam dan stok ikan bilis.
  6. Akhir sekali masukkan hampas strawberry yang ditapis tadi sebagai pengganti asam keping.
  7. Boleh juga masukkan strawberry sebiji jika suka.
  8. Masak menggunakan api sederhana, jangan terlalu besar nanti hilang kesedapan sambal.

 

Nasi Lemak Strawberry :

  1. Basuh beras bersih-bersih dan masukkan air strawberry yang dikisar tadi.
  2. Kemudian masukkan santan, bawang merah yang dihirs, daun pandan disimpul dan sedikit garam.
  3. Sukatan air gunakan sukatan seperti masak nasi biasa.
  4. Biarkan mentah sedikit untuk dikukus nanti.
  5. Sewaktu kukus, lapikkan dengan daun pisang untuk aroma yang lebih harum dan wangi.

Kredit resipi & foto : Fara Amirullah

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

 

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x