Nasi Goreng Tuanku Permaisuri Agong, nama sesedap rasanya. Menyediakan nasi goreng ini cukup mudah kerana tidak perlu menggunakan bawang sebagai asas masakan, sebaliknya butter digunakan sebagai pelengkap rasa.
Terima kasih Nora Shimah atas perkongsian resipi.
Bahan :
Butter scs
Cili besar – tumbuk dengan garam kasar
Telur
Sosej – potong dadu
Daun bawang
Serbuk lada hitam
Nasi
Cara :
- Cairkan butter dalam kuali dan masukkan cili besar yang ditumbuk tadi.
- Kemudian masukkan telur dan kacau perlahan jangan sehingga pecah. Biarkan berketul besar.
- Selepas itu masukkan sosej yang telah digoreng terlebih dahulu.
- Masukkan daun bawang yang dipotong halus.
- Perasakan dengan serbuk lada hitam secukup rasa.
- Selepas sebati, masukkan nasi dan gaul.
Kredit resipi & foto : Nora Shimah
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/