NASI BERIANI GAM AYAM
Bahan-bahan yang diperlukan : –
1 ) 1kg beras dibersih & toskan
2 ) 500g ayam
3 ) air secukupnya.
4 ) 1 inci halia
5 ) 3 biji bawang merah
6 ) 4 ulas bawang putih
7 ) 2 sudu rempah beriani
8 ) 2 batang serai dititik
9 ) rempah empat sekawan (bunga lawang, cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis)
10 ) 1 cawan susu cair
11 ) sedikit daun pudina
13) sedikit daun ketumbar
14 ) 150g minyak sapi
15 ) sedikit gula batu
16) garam secukup rasa
17 ) ½ cawan kismis hitam
18 ) 2 biji tomato dipotong empat
19 ) 2 batang cili merah
20 ) sedikit pewarna kuning
Cara-cara : –
1.Mula-mula masukkan halia, bawang merah, bawang putih dan sedikit air ke dalam blender, kisar sehingga halus dan tuangkan ke dalam mangkuk.
2.Kemudian panaskan minyak sapi di dalam periuk dan tumis bahan kisar tadi sehingga naik bau.
3.Selepas itu Masukkan rempah empat sekawan, serai dan rempah beriani.Tumis lagi sehingga naik bau. Masukkan air serta ayam dan didihkan sebentar.
4.Setelah mendidih, masukkan susu cair, gula batu, garam, daun pudina, daun ketumbar dan beras. Kacau rata dan biarkan sehingga masak.
5.Apabila nasi sudah kering, masukkan tomato, cili merah, kismis dan pewarna kuning. Gaul rata dan sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!